Belanja pencuci tangan bertambah bulan ni. Semua ni kerana anak-anak Anjung Afektif asyik ke dapur mencuci tangan. "Takut H1N1, Cikgu". Ni la jawapan popular yang kebanyakan mereka beri bila ditanya. Ada juga yang ambil peluang nak main air, tapi dengan alasan H1N1 juga. Macam-macam.
Walaubagaimana pun setakat hari ini, Alhamdulillah semua anak-anak Anjung Afektif sihat walafiat. Ibu bapa penjaga mereka juga nampak begitu prihatin terhadap kesihatan anak-anak mereka.
Cik Ani, PPM Anjung Afektif nampaknya tak putus-putus memberitahu pelajar tentang 7 langkah membersihkan tangan yang mesti diamalkan.
Maklumat mengenai Influenza A(H1N1) atau Selesema Babi boleh diperolehi di sini.

- Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1
- Ratakan sabun ke telapak tangan.
- Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
- Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
- Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
- Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
- Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.
Maklumat mengenai Influenza A(H1N1) atau Selesema Babi boleh diperolehi di sini.