17 March 2010

Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Anak-anak Anjung Afektif turut sama menyertai rakan sekolah dalam Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Kok Pasir.



27 February 2010

Ngantuk Laa Cikgu


Apa nak dibuat lagi. Dah ngantuk sangat nampaknya. Walau pun suasana dalam kelas sebenarnya tidak mengizinkan, anak kami yang seorang ni sudah tak dapat nak tahan lagi. Katanya malam tadi tengok cerita P. Ramlee bersama ibu. Jadi tidur lewat katanya. Nampak gaya hari ni tak belajar la...

Begitu mencabar rupanya menjadi cikgu pra. Harapan agar semua pelajar akan dapat melepasi target yang ditetapkan agak sukar sekiranya perkara ini berlanjutan. Bukan ini sahaja sebenarnya halangan. Banyak lagi. Hanya guru-guru prasekolah sahaja yang lebih maklum. Harap-harap PPD dan JPN juga maklum.


10 February 2010

Lawatan Jururawat Pergigian

Jururawat dari Klinik Pergigian Tumpat telah mengadakan lawatan ke Kelas Anjung Afektif pada 31 Januari lalu. Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk murid-murid seperti ceramah, tunjuk cara dan amali menggosok gigi.Setiap murid mendapat berus gigi percuma sebatang seorang dan ubat gigi untuk kelas.

19 January 2010

Saya Ada Kawan

Minggu kedua persekolahan berlalu dengan suasana gembira dan ceria. Anak-anak Anjung Afektif mengikut perhimpunan mingguan pada hari Ahad dalam keadaan terkawal. Mereka beratur dengan baik dan duduk dalam keadaan sopan sepanjang majlis walau pun masih dalam kehairanan.

Sepanjang minggu ini merupakan minggu yang ceria bagi mereka. Mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan kawan-kawan sekelas. Waktu bermain nampak jelas bahawa mereka sememangnya telah mempunyai kawan. Seronok.

Walau pun begitu, masih terdapat seorang dua pelajar yang belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan sebaya.



10 January 2010

Anjung Afektif 2010

Gambar-gambar pilihan Anjung Afektif - Prasekolah SK Kok Pasir


Album ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Gambar-gambar lain dapat dilihat melalui pilihan label 'Album'


09 January 2010

Sejarah Prasekolah SKKP

Kelas Prasekolah di SK Kok Pasir mula ditubuhkan pada 2006 atas usaha Guru Besar En. Abd. Hamid b. Abdullah. Kelas ini diujudkan dengan mengubah suai kelas di hujung bangunan lama sekolah. Kelas Anjung Afektif ini beroperasi sepenuhnya apabila menerima seramai 25 orang pelajar dari penduduk sekitar.

Kelas Anjung Afektif dalam pembinaan

Saya ( Dorma bt Johnny Noakes ) adalah guru prasekolah pertama di sini yang telah berpindah dari SK Berangan 1 untuk bertugas dan menguruskan kelas ini. Kami mendapat PPM ( Cik Noraini bt. Muhamad ) yang juga merupakan penduduk asal Kampung Kok Pasir.

Pada tahun berikutnya iaitu 2007, SK Kok Pasir membuka satu lagi kelas prasekolah yang dinamakan Anjung Bistari juga atas usaha Guru Besar yang sama.


04 January 2010

Abah Mana? Nak Abah!

Berbagai ragam dan situasi muncul di hari pertama kelas Anjung Afektif 2010 semalam. Hampir semua anak-anak dihantar oleh kaum ibu masing-masing. Wajah bersih anak-anak bercampur dengan rasa takut dan bimbang mewarnai kelas kami. Tangan ibu masing-masing dipegang erat.

"Abah mana? Nak abah... Nak abah..."

Suara lembut bercampur manja diselang-seli dengan tangisan yang semakin kendur. Ekor mata manja menjeling memandang cikgu. Sekejap sahaja. Terus sahaja muka disembamkan ke dakapan ibu.

Di luar kelas, beberapa orang anak-anak masih perlu dipujuk untuk memasuki kelas. Suara pujukan dan tangisan berselang seli mengetuk gendang telinga orang-orang sekeliling. Wajah-wajah cemas bercantum antara ibu dan anak. Ibu cemas kalau-kalau anak terus-terusan tak mahu masuk kelas. Anak pula cemas kalau-kalau ibu akan berlalu pulang meninggalkan diri bersama orang yang tidak dikenali.

"Abah mana? Kenapa abah tak datang?" Si ibu hanya tersenyum. Beberapa orang ibu di sekeliling juga sama tersenyum. Si anak sudah berhenti menangis tetapi masih menyorokkan muka dalam dakapan ibu.

Menjelang jam 9.30 pagi, anak-anak kelihatan tenang dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Proses P&P mula dijalankan untuk anak-anak walau pun pada hari pertama ini.

"Cikguuuuu. Nak dukung!"
"Cikguuuuu. Nak dukung!" Tiba-tiba kelas disentak dengan suara kecil.

"Hah? Mana boleh. Dalam perut cikgu ada baby!" Kata cikgu sambil mengambil tangan anak itu dan diletakkan ke perut cikgu. Anak itu terus berpaling ke arah PPM. "Ibu nak dukung!!"

PPM yang masih single terkejut sambil berkata, "Cikgu pun ada baby juga!" Berbohong untuk berdalih. Ha ha ha.....

Selamat datang semua serta terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik.


02 January 2010

Logo







Pentadbiran SKKP 2010 - Januari

Pn. Hjh. Che Hasmah bt. Salleh
Guru Besar

Tn. Hj. Alwi @ Din b. Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. HJ. Othman b. Awang
Penolong Kanan Hem

Pn. Rohaidah bt. Ramlee
Penolong Kanan Kokurikulum

En.Zulzaimi b. Daud
Penyelia Petang


Sejarah SK Kok Pasir

Sejarah Penubuhan Sekolah

1956 - Mula ditubuhkan dengan tenaga pengajarnya terdiri daripada beberapa orang pemimpin tempatan ,antaranya En.Nik Abdul Majid bin Hj.Nik Man,En.Abd Rahman b. Mat Ali,Haji Idris B. Hj.Salleh,Ust.hj Che Kasim b. Husin dan beberapa individu yang lain.

1957 - Kerajaan telah menempatkan seorang Guru Besar bersama 5 orang guru penolong.Jumlah pelajarnya ketika itu seramai 60 orang dengan tiga bilik darjah (1-3).

1974 - Jumlah muridnya telah meningkat kepada 120 orang dengan enam bilik darjah yang dibina secara gotong royong oleh ibu bapa dan penduduk kampung.

1975 - Kerajaan membina bangunan kekal (konkrit) menggantikan bangunan lama yang uzur ditambah dengan satu bagunan hasil gotong royong.

1988 - Kerajaan telah memberi peruntukan bagi menambah 4 buah bilik darjah di bawah projek Sekolah Gotong –royong.

1994 - Kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan kekal tiga tingkat dengan belanja RM 1.2 juta di samping bangunan kantin.

1995 - Bangunan baru mula digunakan.



Senarai Bekas Guru Besar

1 - En.Hassan b. Abdullah 1957 - 1962

2 - En.Said b. Ishak 1962 - 1972


3 - En.Abdullah b. Othman 1972 - 1973


4 - En.N Abd Rahman b.Muhammad 1974 - 1979

5- YM.Raja Hasan b.Raja Busu 1980 - 1982


6 - En.Daud b. Sulaiman 1982 - 1985

7 - En.Mohd Noor b. Jaafar 1985 - 1987


8- En.Muhammad b. Abdullah 1988 - 1991


9 - En.Muhamad b. Yusof 1991 - 1992


10 - Tn.Hj Salleh b. Ali 1992 - 1999


11 - En.Abd. Hamid b. Abdullah 2000 - 2007

12 - Pn.Hjh.Che Hasmah bt. Salleh 2007 - sekarang