31 December 2009

Pendaftaran Pelajar 2010

Tuan Guru Besar

Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya telah siap seperti yang dirancang. Kelas Anjung Afektif telah menerima pendaftaran pelajar semalam bermula jam 8.30 pagi. Proses pendaftaran ini kami buat di dewan terbuka kami ( kantin ) serentak untuk dua kelas. ( SKKP juga mempunyai satu lagi kelas prasekolah iaitu Anjung Bistari.

Sebahagian dari ibu bapa penjaga yang hadir

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK HEM.

30 December 2009

Memang Kerja Kita

RPT SKPK untuk 2010 siap sepenuhnya pada hari semalam dan telah pun dihantar ke PPDT untuk dicetak dan diedarkan kepada guru-guru prasekolah PPD Tumpat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bos kami En. Che Yusoff bin Mamat yang banyak memberi bantuan, galakan dan sokongan.

Dalam menyiapkan RPT SKPK 2010, banyak juga panggilan dan sms yang dibuat untuk mendapat bantuan dan maklumat dari guru-guru dan kawan-kawan dalam kelompok PPD kami. Terima kasih juga saya ucapkan disamping memohon maaf kerana banyak menggangu cuti dan rekat kawan-kawan.

Kelas tambahan untuk anak-anak didik 2009 yang akan ke darjah satu pada minggu depan juga berterusan hingga ke minggu terakhir cuti ini. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang sedia menghantar dan menjemput anak-anak pada waktu yang tepat. Semoga usaha dan pengorbanan yang kita semua lakukan ini mendapat keredhaan Allah swt.

Pagi besok bermula episod baru pula. Kami akan menerima pendaftaran bagi anak-anak anjung afektif 2010. Semoga segalanya akan berjalan lancar tanpa apa-apa gangguan. Insyaallah.


27 December 2009

Rancangan Pelajaran Tahunan

Insyaallah Rancangan Pelajaran Tahunan SKPK untuk tahun hadapan akan siap mengikut jadual sebelum persekolahan sesi 2010 bermula. Sehingga hari ini, RPT untuk PPD Tumpat dalam proses penggabungan dan editing. Dah hampir siap ...

Kami guru-guru prasekolah dalam PPD Tumpat membuat RPT ini secara bersama-sama atau berkumpulan. Setiap zon membuat satu tajuk dimana guru-guru dalam zon tersebut berbincang dan menyiapkannya. Tugas saya pula ialah membuat penggabungan dan editing untuk menjadikannya satu RPT yang lengkap dan akan dapat digunakan bersama-sama.

PPD Tumpat mengandungi 5 zon dan setiap zon perlu menyiapkan sekuarang-kurangnya satu tunjang matapelajaran.
Zon Chabang Empat - Perkembangan Fizikal dan Estetika
Zon Kampung Laut - Ketrampilan Diri dan Komunikasi (Bahasa Inggeris)
Zon Kelaboran - Kerohanian, Sikap & Nilai dan Kemanusiaan
Zon Pengkalan Kubor - Sains & Teknologi
Zon Wakaf Bharu - Komunikasi (Bahasa Malaysia)
- Komunikasi (Bahasa Cina) diurus dan disiapkan oleh SJK (C) Yuk Tse
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada bos kami En. Che Yusoff bin Mamat yang banyak memberi bantuan, galakan dan sokongan.


09 December 2009

Kembali Ke Atas

Ingin buat butang kembali ke atas atau Back To Top? Butang ni sangat berguna sebagai kemudahan pembaca kembali ke halaman atas blog kita dengan satu klik sahaja seperti yang terdapat di halaman Anjung Afektif ini. Cuba klik.

Butang ini beserta kodnya sekali saya dapat di blog skgeting - aktiviti. Senang saja untuk meletakkannya di blog kita. Gambar butang tu pun boleh juga ditukar kalau mahu. Lagi pun, butang tu tetap saja di situ tanpa bergerak atau tak kelihatan bila halaman diskrol ke bawah atau ke atas.

Selamat mencuba!


14 November 2009

Gambar Graduasi 2009

Majlis graduasi Anjung Afektif telah diadakan pada 01.11.2009 bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Beberapa orang AJK PIBG turut dijemput hadir memeriahkan majlis dan menyampaikan sijil graduasi kepada pelajar.

Adik Che Hafifi Husaini sedang menghafaz surah-surah lazim.


Menanti saat untuk disarungkan baju graduasi.


Menerima sijil graduasi dari Tuan Guru Besar Puan Hajjah Hasmah Salleh.


Bergambar kenangan bersama guru dan pentadbir.


Acara selingan persembahan pelajar turut diadakan bagi menyerikan lagi majlis. Tahniah dan terima kasih kepada sebua yang terlibat termasuk pihak pentadbir dan AJK PIBG.

Sebahagian dari ibu bapa penjaga yang hadir.


16 October 2009

Kita Hanya Merancang

I

Muktamad. Karnival Prasekolah seluruh Kelantan untuk tahun 2009 ini dibatalkan. Kesian cikgu-cikgu pra yang telah bertungkus lumus melatih dan membuat persediaan untuknya. Sabarlah ya cikgu. Mungkin ada hikmah disebaliknya dan kita berharap akan mempunyai peluang untuk mengadakannya pada tahun 2010 nanti.

Tuhan yang menentukan.


II

Sekarang kita sudah berada di penghujung tahun 2009. Banyak persediaan dan tugasan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kerja kita bagi tahun ini. Banyak juga yang telah kita lakukan dengan seikhlas hati. Dan adakah kita telah berpuas hati dengan hasil yang diperolehi? Adakan anak-anak didik kita telah mencapai terget yang telah kita tetapkan? Saya percaya tidak semua dari kita yang dapat mencapai target yang ditetapkan di awal tahun. Maklum saja, kebolehan dan latar belakang kanak-kanak adalah tidak sama. Guru-guru pra juga adalah manusia biasa. Kita berharap dan berdoa agar anak-anak yang akan kita lepaskan ke Tahun Satu akan berjaya merealisasikan target kita akhirnya.

Tuhan yang menentukan.


18 September 2009

Selamat Hari Raya

( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya

Saloma


30 August 2009

Tanggal 31



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Penyanyi: Sudirman
Komposer dan Penulis Lirik: Ahmad CB


14 August 2009

Karnival Ditangguhkan

Karnival Prasekolah PPD Tumpat yang kami rancangkan pada 19.08.09 ( Rabu ) nanti terpaksa ditangguhkan kerana wabak Influenza A (H1N1) atau Selesema Babi yang merebak di negara kita sekarang. Tarikh baru untuk aktiviti ini belum dapat ditetapkan lagi.

Aktiviti latihan yang telah dijalankan oleh guru-guru prasekolah masih diteruskan juga sebagai aktiviti sampingan dan persediaan yang berterusan. Terima kasih kepada guru-guru pra di PPD Tumpat yang telah memberikan kerjasama yang baik selama ini.

Insyaallah kita akan teruskan nanti bila keadaan mengizinkan.


09 August 2009

Mesyuarat Agung PIBG

SK Kok Pasir telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada 08hb. Ogos 2009 jam 8.30 malam. Mesyuarat diresmikan oleh YB Datuk Hj. Noor Zahidi bin Omar, ADUN Pengkalan Kubor. Semua guru termasuk pembantu prasekolah hadir.

Beberapa perkara dibincangkan terutama berkaitan dengan pelajaran anak-anak yang belajar di sekolah ini. Sambutan dari ibu bapa penjaga amat menggalakkan dengan sesi soal jawab menjadi begitu meriah.

Mesyuarat berakhir pada jam 12.15 pagi. Kira dah masuk hari lain la. Kesian juga kepada para suami cikgu-cikgu perempuan kerana terpaksa menjemput isteri masing-masing yang takut nak drive sorang-sorang pulang di waktu begini. Tahniah juga sebab sayangkan isteri!


31 July 2009

Takut H1N1

Belanja pencuci tangan bertambah bulan ni. Semua ni kerana anak-anak Anjung Afektif asyik ke dapur mencuci tangan. "Takut H1N1, Cikgu". Ni la jawapan popular yang kebanyakan mereka beri bila ditanya. Ada juga yang ambil peluang nak main air, tapi dengan alasan H1N1 juga. Macam-macam.

Walaubagaimana pun setakat hari ini, Alhamdulillah semua anak-anak Anjung Afektif sihat walafiat. Ibu bapa penjaga mereka juga nampak begitu prihatin terhadap kesihatan anak-anak mereka.

Cik Ani, PPM Anjung Afektif nampaknya tak putus-putus memberitahu pelajar tentang 7 langkah membersihkan tangan yang mesti diamalkan.
  1. Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1
  2. Ratakan sabun ke telapak tangan.
  3. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
  4. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
  5. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
  6. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
  7. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.
Semoga Influenza A(H1N1) atau Selesema Babi ini tidak akan menular di kalangan anak-anak prasekolah di mana juga di Malaysia.

Maklumat mengenai
Influenza A(H1N1) atau Selesema Babi boleh diperolehi di sini.


28 July 2009

Menjelang Karnival Prasekolah

Assalamualaikum. Agak lama saya tak update blog ini. Sejak kebelakangan ini, macam-macam hal yang berlaku di samping bermacam kerja yang nak disiapkan. Nasib baik juga saya mempunyai seorang pembantu yang bagus seperti Cik Ani di sekolah. Best ada Cik Ani.

Hari Ahad lepas, 26.07.09 bertempat di SK Bunohan, kami guru-guru prasekolah PPD Tumpat mengadakan mesyuarat dipengurusikan sendiri oleh En. Che Yussoff Mamat, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat. Mesyuarat kali ke 6 ini banyak berkisar mengenai Karnival Prasekolah PPD Tumpat yang akan diadakan pada 19.08.09 ( Rabu ) nanti.

Mesyuarat berikutnya telah ditetapkan pada 05.08.09 ( Rabu ) nanti dan tempat akan ditetapkan kemudian.

Anak-anak Anjug Afektif masih dan semakin giat berlatih untuk karnival nanti. Banyak bakat yang selama ini terpendam telah timbul ke permukaan.


19 June 2009

Setengah Tahun '09

Pejam celik tak terasa, dah separuh rupanya berlalu tahun 2009 ni. Anak-anak Anjung Afektif pun dah semakin besar dan petah. Kekadang sukar juga nak jawab soalan yang mereka tanya. Pelik. Soalan yang di luar dugaan pun ada. Seronok dan lucu.

Di pertengahan tahun ni, projek kami yang paling utama ialah Karnival Prasekolah Peringkat PPD yang akan diadakan pada 28hb. Julai 09 nanti bertempat di SK Morak, Tumpat.

Anjung Afektif akan membuat persembahan selingan pada hari tersebut di samping acara wajib. Untuk persembahan selingan ini, kami masih tak pasti untuk memilih antara tema Bollywood dan Irama Pop 60an.

Anak-anak Anjung Afektif ada yang dah tahu akan hal ni dan setengahnya nampak sudah tak sabar nak tunjuk bakat. Hahaha...


09 May 2009

Selamat Hari Guru


Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu kan berseri
senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum... kepada semua...
senyumanmu amatlah berharga
senyum... membahagiakan...
dengan senyuman terjalinlah ikatan...


Hari guru akan menjelang lagi. Dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa, menyedarkan kita betapa besarnya tugas dan tanggung jawab yang di galas. Tak kira lagi tanggung jawab di rumah terhadap suami dan anak-anak.

Senyum.

Moga kawan-kawan guru prasekolah akan sentiasa senyum dengan beban tugas yang kita pikul. Senyum di sekolah, senyum di rumah. Senyum kan sedekah. Senyum sorang-sorang pun bagi saya ok je, asal saja kita tak menyusahkan siapa-siapa. Apa yang orang nak kata, itu mereka punya hal la, kan?

Selamat Hari Guru juga kepada semua pembantu prasekolah yang sentiasa sedia dan setia memikul tanggung jawab bersama terutama kepada pembantu saya Cik Ani. Thanks. Tanpa kalian pembantu semua, kami guru pra akan sukar sekali untuk menguruskan sebuah kelas prasekolah.

Senyum Sokmo kata orang Kelantan.


11 April 2009

Anjung Afektif 2009

Gambar-gambar pilihan Anjung Afektif - Prasekolah SK Kok Pasir


Album ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Gambar-gambar lain dapat dilihat melalui pilihan label 'Album'


01 March 2009

Anjung Afektif 2008

Gambar-gambar pilihan Anjung Afektif - Prasekolah SK Kok Pasir


Album ini dikemaskini dari masa ke semasa.

Gambar-gambar lain dapat dilihat melalui pilihan label 'Album'


20 February 2009

Our Face 09

1. Hibiscus group
murid berusia 6 tahun ini sudah mampu membaca dengan baik

2. Jasmine group
murid berusia 6 tahun yang masih perlu bimbingan untuk memahami konsep sukukata

3. Dahlia group
murid berusia 5 tahun yang baru mengenali alam persekolahan


08 February 2009

Mari Mewarna

Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai gambar. Pengalaman yang saya dapat apabila diminta oleh isteri saya melukis bagi aktiviti mewarna di dalam kelas prasekolah.
Saya pun bukanlah pandai sangat melukis. Apa yang saya gunakan ialah mencari gambar yang sesuai ( yang dikehendaki ) dan mengubahsuai menggunakan Adobe Photoshop.Cara yang saya gunakan ialah:
  1. Open gambar menggunakan Adobe Photoshop
  2. Klik 'Filter' > 'Other' > 'Hight Pass'. ( Untuk gambai ini saya gunakan Radius 2.0 )
  3. Klik 'Ok'
  4. Klik 'Image' > 'Adjustments' > 'Threshold'. ( Untuk gambar ini saya memilih Threshold Level 115 )
  5. 'Save As' gambar yang telah diubahsuai
... Mungkin ada yang menggunakan cara yang lain, bolehlah berkongsi di sini.

28 January 2009

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI PRASEKOLAH SKKP 2009

PENGERUSI
Pn. Hjh. Che Hasmah Bt. Salleh
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1
Tn. Hj. Aluwi @ Din B. Abdullah
(Pk1)

NAIB PENGERUSI 2
Tn Hj. Othman B. Awang
(Pk Hem)

NAIB PENGERUSI 3
Pn. Hj. Ronaidah Bt. Ramlee
(Pk Ko)

SETIAUSAHA
Pn. Dorma Bt. Johnny Noakes
Cik Syazwani Bt. Ahmad @ Ahmad Sowi
(Guru Prasekolah)


AHLI JAWATANKUASA

WAKIL GURU
Pn. Siti Mariam Bt. Md Diah
Pn. Masnee Azira Bt. Mat Yazid
(Guru Th 1)

PIBG
Tn Hj. Hanafee B. Hj Yusof
(Ydp Pibg)
En. Salleh B. Mohamad
(Ppm)

PEM. PENGURUSAN MURID
Cik Noraini Bt. Muhamad
Pn. Sity Farzlynie Bt. Ghazali

GURU DAMPING
Pn. Normah Bt. Daud


27 January 2009

Moto, Visi dan Misi

MOTO PRASEKOLAH

PANDAI RAJIN AKTIF


VISI

MELAHIRKAN MURID YANG MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS
DAN MENGIRA (3M)


MISI

MENYEDIAKAN MURID YANG SIAP SIAGAAN DI TAHUN 1


26 January 2009

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan kemudahan tempat, peralatan dan persekitaran yang sihat, selamat, ceria dan selesa.
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang terancang dan berterusan bagi menggalakkan perkembangan sosial, intelek, fizikal, emosi dan rohani.
  • Memberi peluang pembelajaran yang optima, berkesan dan menyeronokkkan kanak-kanak.
  • Menyediakan makanan tambahan yang seimbang bagi meningkatkan tahap kesihatan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
  • Memastikan setiap individu kanak-kanak boleh membaca, menulis dan mengira seimbang dengan pengukuhan amalan nilai-nilai murni.
  • Memupuk minat, kreativiti dan meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak melalui aktiviti kokurikulum.