Dalam menyiapkan RPT SKPK 2010, banyak juga panggilan dan sms yang dibuat untuk mendapat bantuan dan maklumat dari guru-guru dan kawan-kawan dalam kelompok PPD kami. Terima kasih juga saya ucapkan disamping memohon maaf kerana banyak menggangu cuti dan rekat kawan-kawan.
Kelas tambahan untuk anak-anak didik 2009 yang akan ke darjah satu pada minggu depan juga berterusan hingga ke minggu terakhir cuti ini. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang sedia menghantar dan menjemput anak-anak pada waktu yang tepat. Semoga usaha dan pengorbanan yang kita semua lakukan ini mendapat keredhaan Allah swt.Pagi besok bermula episod baru pula. Kami akan menerima pendaftaran bagi anak-anak anjung afektif 2010. Semoga segalanya akan berjalan lancar tanpa apa-apa gangguan. Insyaallah.
No comments :
Post a Comment