31 December 2009

Pendaftaran Pelajar 2010

Tuan Guru Besar

Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya telah siap seperti yang dirancang. Kelas Anjung Afektif telah menerima pendaftaran pelajar semalam bermula jam 8.30 pagi. Proses pendaftaran ini kami buat di dewan terbuka kami ( kantin ) serentak untuk dua kelas. ( SKKP juga mempunyai satu lagi kelas prasekolah iaitu Anjung Bistari.

Sebahagian dari ibu bapa penjaga yang hadir

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK HEM.

30 December 2009

Memang Kerja Kita

RPT SKPK untuk 2010 siap sepenuhnya pada hari semalam dan telah pun dihantar ke PPDT untuk dicetak dan diedarkan kepada guru-guru prasekolah PPD Tumpat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bos kami En. Che Yusoff bin Mamat yang banyak memberi bantuan, galakan dan sokongan.

Dalam menyiapkan RPT SKPK 2010, banyak juga panggilan dan sms yang dibuat untuk mendapat bantuan dan maklumat dari guru-guru dan kawan-kawan dalam kelompok PPD kami. Terima kasih juga saya ucapkan disamping memohon maaf kerana banyak menggangu cuti dan rekat kawan-kawan.

Kelas tambahan untuk anak-anak didik 2009 yang akan ke darjah satu pada minggu depan juga berterusan hingga ke minggu terakhir cuti ini. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang sedia menghantar dan menjemput anak-anak pada waktu yang tepat. Semoga usaha dan pengorbanan yang kita semua lakukan ini mendapat keredhaan Allah swt.

Pagi besok bermula episod baru pula. Kami akan menerima pendaftaran bagi anak-anak anjung afektif 2010. Semoga segalanya akan berjalan lancar tanpa apa-apa gangguan. Insyaallah.


27 December 2009

Rancangan Pelajaran Tahunan

Insyaallah Rancangan Pelajaran Tahunan SKPK untuk tahun hadapan akan siap mengikut jadual sebelum persekolahan sesi 2010 bermula. Sehingga hari ini, RPT untuk PPD Tumpat dalam proses penggabungan dan editing. Dah hampir siap ...

Kami guru-guru prasekolah dalam PPD Tumpat membuat RPT ini secara bersama-sama atau berkumpulan. Setiap zon membuat satu tajuk dimana guru-guru dalam zon tersebut berbincang dan menyiapkannya. Tugas saya pula ialah membuat penggabungan dan editing untuk menjadikannya satu RPT yang lengkap dan akan dapat digunakan bersama-sama.

PPD Tumpat mengandungi 5 zon dan setiap zon perlu menyiapkan sekuarang-kurangnya satu tunjang matapelajaran.
Zon Chabang Empat - Perkembangan Fizikal dan Estetika
Zon Kampung Laut - Ketrampilan Diri dan Komunikasi (Bahasa Inggeris)
Zon Kelaboran - Kerohanian, Sikap & Nilai dan Kemanusiaan
Zon Pengkalan Kubor - Sains & Teknologi
Zon Wakaf Bharu - Komunikasi (Bahasa Malaysia)
- Komunikasi (Bahasa Cina) diurus dan disiapkan oleh SJK (C) Yuk Tse
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada bos kami En. Che Yusoff bin Mamat yang banyak memberi bantuan, galakan dan sokongan.


09 December 2009

Kembali Ke Atas

Ingin buat butang kembali ke atas atau Back To Top? Butang ni sangat berguna sebagai kemudahan pembaca kembali ke halaman atas blog kita dengan satu klik sahaja seperti yang terdapat di halaman Anjung Afektif ini. Cuba klik.

Butang ini beserta kodnya sekali saya dapat di blog skgeting - aktiviti. Senang saja untuk meletakkannya di blog kita. Gambar butang tu pun boleh juga ditukar kalau mahu. Lagi pun, butang tu tetap saja di situ tanpa bergerak atau tak kelihatan bila halaman diskrol ke bawah atau ke atas.

Selamat mencuba!